Friday, October 30, 2009

Mengulas Buku Klasik Bumi Manusia Karya Pramoedya Ananta Toer.



 Karya oleh Pramoedya Ananta Toer.Seorang penulis yang terkenal di seberang dan juga di tanah air kita. Karyanya pernah menjadi rujukan oleh pelajar-pelajar sastera kita semasa dekad 80an dahulu kerana mempunyai elemen-eleman yang menarik untuk dibaca. Sekarang saya ingin mengulas buku ini mengikut pemahaman saya.
 Bumi manusia ini berlangsung sekitar bangkitnya semangat nasionalisme dikalangan penduduk pribumi Indonesia. Watak protagonist ialah Minke seorang anak bangsawan jawa yang pandai  dihantar belajar oleh bapanya seorang ketua daerah.  Minke terdedah dengan semangat nasionalisme ketika belajar di Sekolah yang dikhaskan untuk golongan berketurunan Eropa. Disana ia kerap menulis dan penulisannya banyak diterbitkan oleh surat Khabar Belanda pada masa itu. Dia kerap dihina oleh pelajar-pelajar lain yang berketurunan Eropah atau Indo. Karya penulisannya berani melawan idiologi bangsa penjajah Belanda yang menanam sifat takut kepada bangsa Penjajah. Ia juga melawan terhadap kebudayaan Jawa yang membuatnya selalu ditindas dan kepercayaan agama dicampuradukkan dengan kebudayaan Jawa.
 Selain watak Minke terdapat seorang watak lagi yang penting dalam buku ini iaitu Nyai Ontosoroh. Ia seorang perempuan pribumi yang menjadi perempuan simpanan bangsa eropa iaitu Tuan Millema . Statusnya seorang perempuan simpanan membuatnya menderita tidak mempunyai hak asasi seorang manusia. Tetapi ia kuat dan sedar bahawa dengan ilmulah seseorang itu dipandang tinggi. Dia belajar dan belajar sehingga mampu menguruskan ladang yang dipunyai oleh Tuan Millema. Terdapat satu bait-bait perkataan oleh Nyai Ontosoroh kepada minke iaitu “JANGAN SEBUT AKU PEREMPUAN SEJATI JIKA HIDUP HANYA BERKALANG LELAKI, TETAPI BUKAN BERARTI TIDAK BUTUH LELAKI UNTUK AKU CINTAI” yang amat mendalam maksudnya...
 Melalui buku ini, Penulis menggambarkan bagaimana keadaan pemerintahan kolonialisme Belanda pada saat itu secara hidup. Penulis menunjukan betapa pentingnya belajar. Dengan belajar, dapat mengubah nasib. Seperti didalam buku ini, Nyai yang tidak bersekolah, dapat menjadi seorang guru yang hebat bagi Minke. Bahkan pengetahuan si nyai itu, yang didapat dari pengalaman, dari buku-buku, dan dari kehidupan sehari-hari, ternyata lebih luas dari guru-guru sekolah HBS.

Tuesday, October 27, 2009

SeMBilan SeBAB-SebaB HaTI TIdAk BaHaGIA





oleh Mohd Nizam bin A. Badaruddin

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"


Tuesday, October 20, 2009

Khasiat Belut...




Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.

Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.


Wednesday, October 14, 2009

Monday, October 12, 2009

Belut Haiwan Eksotik....(1)



            Belut... ramai diantara kita berasa geli dengan nama haiwan akuatik ini. Bentuk badan yang panjang mirip ular dan badan yang licin menyebabkan ia kurang popular pada masyarakat melayu.Belut sesuai dimasak secaragoreng bersambal, dibuat sup belut(terkenal di Pantai Timur) dan Laksa Belut. di Jepun belut ini menjadi makanan kegemaran penduduknya dan menjadi antara bahan utama dalam pembuatan sushi ia dikira makanan eksotik.
             Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa. Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Belut yang popular ialah belut air tawar iaitu dalam family Anguillidae . Secara ekologi belut boleh dijadikan penunjuk aras kepada pencemaran sesuatu kawasan sawah padi. Belut ini sejenis haiwan yang tahan kepada pencemaran dan boleh mengadaptasi kepada pelbagai pebagai bentuk cuaca. Jika pupusnya komuniti belut pada sesuatu kawasan ia menunjukkan kawasan itu telah tercemar dengan teruk.
             Belut adalah pemangsa yang ganas hidup dikawasan sawah padi dan berpaya. Makanannya ikan kecil, cacing, krustasea. Ia aktif di malam hari. Hewan ini dapat mengambil oksigen langsung dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air, asalkan lingkungannya tetap basah. Hewan ini mampu menyerap oksigen bahkan lewat kulitnya. Kebiasaaannya adalah bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lewat. Walaupun berasal dari daerah tropika, belut sawah diketahui dapat (survive) musim dingin dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatnya menjadi hewan yang dianggap berbahaya bagi lingkungan yang bukan habitatnya.Ukuran maksimum adalah 1m, meskipun yang banyak dikonsumsi paling panjang 40cm. Tidak memiliki sirip, kecuali sirip ekor yang memanjang. Bentuk tubuhnya menyerupai tabung dengan tubuh licin, tanpa sisik. Warna bervariasi, namun biasanya kecoklatan hingga kelabu.
             Haiwan ini bertelur didalam lubang dan meletakkan telurnya dalam busa-busa air yang cetek. Jika telur menetas, keluarlah belut muda yang semuanya betina. Dalam perkembangannya, beberapa ekor akan menjadi jantan Belut sawah berasal dari Asia Timur dan Asia Tenggara barat. Belut bahkan sekarang dilaporkan telah menghuni paya-paya di Hawaii, Florida, dan Georgia di Amerika Serikat dan dianggap sebagai haiwan invasif.

Saturday, October 10, 2009

KhAsIAt Air KoSONg



Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan,mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 Hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 har
6. Tibi – 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Sumber http://www.terataionline.net


Friday, October 9, 2009

Daun Salam @ Bay leaf Daun untuk membuat rempah masakan .....

        

Ramai daripada kita mengenal bay-leaf tetapi  jarang daripada kita mengenal pokok salam ia Satu keluarga dengan bay-leaf. Seperti yang kita ketahui bay-leaf banyak digunakan didalam ramuan masakan barat khususnya pada spageti dan pizza. Penduduk meixo juga gemar menggunakan daun ini dalam rempah masakan. Di pantai timur ia dikenali sebagai Serai Kayu dan merupakan salah satu ramuan penting dalam nasi kerabu.


Ciri-ciri Fizikal Pokok ini

       Pohon berukuran sedang, mencapai tinggi 30 m dan gemang 60 cm. Pepagan (kulit batang) berwarna coklat abu-abu, memecah atau bersisik.Daun tunggal terletak berhadapan, dengan tangkai hingga 12 mm. Helai daun berbentuk lonjong, jorong sempit atau lanset, 5-16 x 2,5-7 cm,  dengan 6-11 urat daun sekunder, dan sejalur urat daun intramarginal nampak jelas dekat tepi helaian, berbintik kelenjar minyak yang sangat halus.


       Kuntuman bunga berupa malai dengan banyak kuntum bunga, 2-8 cm, muncul di bawah daun atau terkadang pada ketiak. Bunga kecil-kecil, duduk, berbau harum, berbilangan-4; kelopak seperti mangkuk, panjangnya sekitar 4 mm; mahkota lepas-lepas, putih, 2,5-3,5 mm; benang sari banyak,.     3 mm, terkumpul dalam 4 kelompok, lekas rontok; piringan tengah agak persegi, jingga kekuningan. Buah buni membulat atau agak tertekan, 12 mm, bermahkota keping kelopak, berwarna merah sampai ungu kehitaman apabila masak.

Kegunaan

      Daun salam digunakan terutama sebagai rempah pengharum masakan di sejumlah negeri di Asia Tenggara, baik untuk masakan daging, ikan, sayur mayur, maupun nasi. Daun ini dicampurkan dalam keadaan utuh, kering atau pun segar, dan turut dimasak hingga makanan tersebut matang. [2] Rempah ini memberikan aroma herba yang khas namun tidak keras. Di pasar dan di dapur, salam kerap dipasangkan dengan laos alias lengkuas.

      Kayunya berwarna coklat jingga kemerahan dan berkualitas menengah. Kayu yang tergolong ke dalam kayu kelat (nama perdagangan) ini dapat dipergunakan sebagai bahan bangunan dan perabot rumah tangga. Kulit batang salam mengandung tanin, kerap dimanfaatkan sebagai ubar (untuk mewarnai dan mengawetkan) jala, bahan anyaman dari bambu dan lain-lain. Kulit batang dan daun salam biasa digunakan sebagai bahan ramuan tradisional untuk menyembuhkan sakit perut. Buah salam dimakan orang juga, meski hanya anak-anak yang menyukainya.


      Daun salam kering mengandung sekitar 0,17% minyak esensial, dengan komponen penting eugenol dan metil kavikol (methyl chavicol) di dalamnya. Ekstrak etanol dari daun menunjukkan efek antijamur dan antibakteri, sedangkan ekstrak metanolnya merupakan anticacing, khususnya pada nematoda kayu pinus Bursaphelenchus xylophilus. Sumber Wikipedia.

Wednesday, October 7, 2009

BebeRapa FaKta MeNariK dan UNIK TenTaNg BulaN



Usia Bulan :

Usia bulan lebih tua dari yang diperkirakan, bahkan diperkirakan lebih tua daripada bulan dan matahari itu sendiri! Umur Bumi paling tua yang bisa diperkirakan adalah 4.6 Milyar tahun. Sementara itu batuan Bulan malah sudah berumur 5.3 Milyar tahun. Bulan lebih tua 1 milyar tahun ketimbang Bumi!



Lebih keras diatas :

Normalnya sebuah planet akan keras di dalam dan makin lama makin lembut diatas, seperti bumi kita. Tidak demikian hal nya dengan bulan. Bagian dalam bulan seperti berongga, sementara bagian atasnya keras sekeras Titanium. Hal ini lah yang menyebabkan bahwa bulan bagaimanapun juga sangat kuat dan tahan serangan. Kawah terbesar di Bulan berdiameter 300KM, dengan kedalaman hanya 6.4KM. Sementara itu, menurut hitungan ilmuwan, jika batuan yang menubruk bulan tadi, menubruk Bumi, maka akan terbentuk lubang paling tidak sedalam 1.200KM!

Bulan yang berongga juga dibuktikan saat kru Apollo yang meninggalkan Bulan, membuang kembali sisa pesawat yang tidak digunakan kembali ke Bulan . Hasilnya, sebuah gempa dan gema pada permukaan bulan terjadi selama 15 menit. Penemuan ini diulang kembali oleh kru Apollo 13, yang kali ini jatuh lebih keras, menimbulkan gema selama 3 jam 20 menit.

Ibaratnya seperti sedang membunyikan lonceng yang kemudian berdentang, hanya saja karena tidak ada udara, maka suara dentang lonceng yang dihasilkan tidak bisa didengar oleh manusia. Sementara itu, penemuan ini dipertanyakan oleh Carl Sagan, bahwa satelit alamiah nggak mungkin kopong dalam nya.

Bebatuan Bulan :

Asal usul batuan dan debu bulan sendiri tidak jelas, karena perbedaan komposisi pembentuk bulan yang berbeda sekali dengan komposisi batuannya. Batu yang pernah diambil team apollo sebesar 380KG lebih, menunjukkan ada nya bahan unik dan langka seperti Titanium murni, kromium, itrium, dan lain lain. Logam ini sangat keras, tahan panas, anti oksidasi. Jenis logam ini tidak terdapat secara alamiah di alam, dan jelas tidak mungkin terbentuk secara alamiah.

Para ilmuwan juga mengalami kesulitan menembus sisi luar bulan sewaktu mereka mengebor bagian terluar bulan. Setelah di teliti, bagian yang di bor tadi adalah sebuah mineral dengan kandungan titanium, uranium 236 dan neptunium 237. Bahan bahan super keras anti karat, yang juga tidak mungkin terbentuk secara alamiah, karena digunakan di bumi untuk membuat pesawat stealth. Kemungkinan besar, ini logam hasil sepuhan manusia!

Batuan bulan juga entah bagaimana sangat magnetik. Padahal tidak ada medan magnet di Bulan itu sendiri. Berbeda dengan bumi yang banyak sekali mengandung medan magnet.

Air menguap :

Pada 7 Maret 1971, instrumen bulan yang dipasang oleh astronot merekam adanya air melewati permukaan bulan. Uap air tadi bertahan hingga 14 jam dan menutupi permukaan seluas 100 mil persegi.


Ukuran bulan = Matahari ?

Bulan bisa menutupi matahari dalam gerhana bulan total, tapi ukurannya tidak sama. Yang menarik, jarak matahari ke bumi persis 395 kali lipat jarak bulan ke bumi, sedangkan diameter matahari persis 395 kali diameter bulan. Pada saat gerhana matahari total, ukuran bumi dan bulan persis sama, sehingga matahari bisa tertutup bulan secara sempurna. Hitungan ini terlalu cermat dan akurat jika hanya merupakan kebetulan astronomi semata.

Orbit yang aneh :

Orbit bulan merupakan satu satunya yang benar benar hampir bulat sempurna dari semua sistem tata surya kita. Berat utama bulan terletak lebih dekat 6000 kaki ketimbang pusat geometris nya, yang harusnya justru mengakibatkan orbit lengkung. Sesuatu yang tidak diketahui telah membuat bulan stabil pada poros nya. Suatu teori yang belum di yakini benar adanya juga mengatakan bahwa wajah bulan yang selalu sama di setiap hari nya karena adanya suatu hal yang menyebabkan itu. Yang pada intinya, tetap suatu kebetulan astronomi.

Asal usul bulan :

Teori bahwa bulan tadinya adalah sebagian dari bumi yang mental keluar bumi karena tumbukan hebat di masa lalu hampir saja di setujui oleh semua orang, setelah sebelumnya mereka mengira bahwa bulan terbentuk dari debu debu angkasa yang mampat menjadi satelit bumi. Belakangan ini teori menyebutkan bahwa jika bagian sebesar bulan terambil dari bumi, maka bumi tidak akan bisa bulat seperti sekarang. Dan jika bulan tidak berongga, maka tidak mungkin bulan bisa berada menjadi satelit bumi. Terlalu berat dan bulan akan menghantam bumi.

Teori teori asal usul bulan kembali dipertanyakan, dan teori paling gila sepanjang sejarah mulai muncul, bahwa bulan diciptakan dengan sengaja oleh manusia terdahulu sebagai alat bantu dalam navigasi dan juga astronomi!

Bulan adalah kapal luar angkasa ?

Kesempurnaan bulan yang keterlaluan, dan berbagai anomali yang ada dibulan, plus ditambah banyaknya benda benda terbang tak dikenal di bulan membuat banyak pihak mengatakan bahwa kemungkinan besar bulan adalah sebuah pesawat luar angkasa super besar yang diciptakan oleh mahluk cerdas pendahulu kita. Dan bulan BELUM ditinggalkan oleh penghuni nya! Semua kru Apollo dan astronot astronot lain atau peneliti bulan, semuanya telah melihat cahaya cahya dan benda benda terbang tak dikenal yang lalu lalang diantara bulan, muncul dan hilang begitu saja, bahkan selalu menyertai setiap kedatangan dan kepergian para team astronot yang mengunjungi bulan.


Tuesday, October 6, 2009

Ketahui hak anda dihadapan Polis

Seperti yang kita ketahui kita sangat takut apabila ditahan oleh pihak polis. Tangan dan kaki menggeletar dan peluh sejuk keluar menitik-nitik dan hati kita akan tertanya-tanya apakah kesalahan yang diri kita telah buat. Panik mula melanda dan kita berada dalam ketidak tentuan.. Seperti yang kita telah ketahui kita telah dilindungi oleh Hak dan Perlembagaan Negara Malaysia Disini saya ingin menyampaikan beberapa tips yang boleh membantu kita dalam mengahadapi perkara diatas ia telah disediakan oleh Badan Peguam Malaysia (The Malaysian Bar). Untuk maklumat Penuh Sila KLIK DISINI.




1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau
1.2 Kad Kuasa Polis

Warna Merah: Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.

Warna-warna lain:

Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspek tor dan keatas.
Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah Inspektor
Warna Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

1.3 Di dalam Pakaian Seragam
       Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Polis
      Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau         
      kenderaan polis tersebut.


APABILA DISOAL OLEH POLIS

2.1 PengenaIan Anda
      Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
      Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

2.3 Bilakah anda ditahan
     Anda ditahan apabila anggota polis itu
     • menjawab "ya" pada soalan di atas
     • beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa
        anda ke balai polis
     • apabila anda digari Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut
        atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.


2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

Monday, October 5, 2009

Halia HerBA MAsakan......



Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.
Kandungan kimia
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.
Kandungan & Manfaat
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.
Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.
Kegunaan lain
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga

Sunday, October 4, 2009

lagu yang meruntun jiwa

Teringat balik iklan raya 2006 keluar balik raye ni... iklan petronas yang menunjukkan macam mana seorang anak melayan bapanya, sangat menikam kalbu dan perasaan.lagu latar ebit g ade memang sesuai AKU INGIN PULANG.Masa tu terus aku cari kat internet dan download lagu tu amat menyentuh perasaan. Hargailah orang tua kita jika dia masih asa lagi, jika mereka tiada pasti akan sangat terasa belaian mereka.



AKU INGIN PULANG
Ebiet G. Ade


Kemanapun aku pergi
Bayang bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du du du

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku harus pulang



Saturday, October 3, 2009

PerKahWinan???



Perkahwinan??? penyatuan dua insan yang suci dengan satu janji dan ikatan yang halal. tetapi kita lupe tentang orang yang bertanggunjawab dibelakang setiap perkahwinan dari penyedia makAnan,budak-budak penyedia khemah dan meja makanan,mak andam atau pak andam,tok khadi dan semua yang berkenaan dalam menyediakan majlis Kahwin.... mereka ibarat wira yang tak didendang memastikan sesuatu majlis berjalan dengan sempurna...


Sedang aku melayari laman Youtube aku tersinggah pada suatu cerita yang agak menarik tentang orang-orang ini... "Kawin Laris" sebuah filem indonesia. ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang ingin bercita-cita menjadi seorang tok Khadi atau disana dikenali sebagai penghulu perkahwinan. cerita ini agak menarik kerana terdapat humor yang digarap dengan baik sekali dan banyak pengajaran yang boleh kita dapati tentang betapa manusia mudah terpesong dengan kuasa wang,kuasa dan populariti.... untuk cerita penuh klik sini

Beberapa Fakta Tentang Blog dan Komputer..

Sama ada kita sedari atau tidak, usia Internet diperkenalkan kepada dunia baharu sahaja 15 tahun. Walau pun masih muda, Internet sudah mampu untuk mengubah tamadun manusia. Pada masa kini, kebanyakan transaksi dan maklumat dilakukan melalui Internet. Para pekerja akan merasa gusar sekiranya tidak melayari Internet di tempat kerja. Internet dijadikan sebagai saluran perhubungan sama ada di antara sahabat handai mahu pun dengan pelanggan dan rakan perniagaan.


Saya senaraikan di bawah ini beberapa fakta menarik daripada rencana ini untuk tatapan dan pengetahuan kita semua:

1. Terdapat sejumlah 112.8 juta blog di dunia, sejumlah 175,000 blog baharu telah direkodkan pada setiap hari, 1.6 juta blog dikemaskinikan setiap hari termasuk 18 blog yang dibaikpulihkan pada setiap saat.

2. Blog yang saya dan anda semua gunakan kini adalah versi "Web 2.0" yang juga dikenali sebagai jurnal Internet adalah menggantikan laman "Web 1.0" yang kini lebih dikenali sebagai laman sesawang.


3. Jurnal Internet remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskinikan. "Netizen" adalah gelaran yang diberikan kepada golongan remaja atau warga siber yang kerap membaca blog, menyimpan, menulis dan memberikan komen di jurnal Internet menerusi Web 2.0. Konsep "netizen" ini diperkenalkan oleh Michael dan Rhonda Hauban kira-kira 12 tahun yang lalu untuk menerangkan konsep warga siber.

4. Golongan dewasa juga tidak kurang minatnya dengan blog ini. Golongan ini membentuk kumpulan warga siber untuk berkongsi fikiran dan meluahkan rasa hati mereka. Isu politik adalah antara tema yang biasa digunakan oleh golongan ini.

5. Pemantauan menunjukkan bahawa ramai yang memilih untuk menggunakan blog sebagai pengantara bagi mencatat jurnal kerana seseorang itu tidak perlu melalui proses penyuntingan dan kelulusan editor untuk menghasilkan penulisan yang kadangkala memakan masa berbulan-bulan sebelum disiarkan. Dengan blog Web 2.0 ini, segala maklumat terkini boleh disalurkan dengan pantas dan sekiranya lewat, sesuatu berita itu akan dikatakan sudah basi.



Namun demikian, Internet juga mempunyai keburukannya.

Menurut laporan BBC, seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah meninggal dunia selepas bermain permainan komputer yang diberi nama "Starcraft" selama 50 jam di kafe Internet. Pemuda ini dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.


1. Jurnal Internet seorang pelajar lelaki pula mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai kawan kecuali permainan komputer. Remaja ini sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Beliau menyalahkan ibunya kerana menghalangnya bermain di luar rumah
dan akhirnya beliau ketagihan permainan computer sehingga tidak berminat untuk membuat kerja sekolah.

Dia sanggup membayar rakan sekelas beliau untuk menyiapkan kerja sekolah agar dia terus dapat bermain permainan computer. Pelajar ini bukanlah seorang pelajar yang bebal kerana apabila rakannya tidak dapat menjawab soalan matematik, dia menunjukkan kaedah penyelesaian soalan matematik dalam sekelip mata. Ini membuktikan bahawa budaya teknologi telah menghakis nafsu untuk melakukan aktiviti harian sehingga menyebabkan sesetengah remaja mencari kepuasan di Internet.

2. Dalam kes yang lain pula, seorang remaja lelaki dikatakan hidup hanya dengan makanan segera di dalam bilik tidur kerana tidak mahu meninggalkan skrin komputer. Selama beberapa hari beliau tidak mandi dan tidak mengendahkan deringan telefon bimbit. Remaja ini ketagihan dengan permainan komputer yang dimainkan secara berkumpulan. Oleh kerana pungutan mata secara berkumpulan amat dipentingkan, beliau membuat urusniaga membeli status pemain yang menjanjikan kuasa siber.

Jurnal Internet beliau mendedahkan bahawa beliau membayar sejumlah RM200 semata-mata untuk mendapat status baharu dalam permainan komputer. Urusniaga ini dilakukan secara sulit dan pada waktu malam. Pemain yang menjual statusnya tadi akan memberikan kata laluan baharu kepada remaja ini bagi membolehkannya menukarkan kod permainan sekaligus menjadikan beliau sebagai ketua permainan komputer yang disegani di Internet.

Secara ringkasnya, Internet pada abad ke-21 ini sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pergaulan sesama manusia. Kalau dahulu kita hanya bersemuka atau berhubungan melalui telefon tetapi kini kita sudah ada Internet yang menjanjikan kita pelbagai kaedah untuk lebih kenal-mengenali antara satu sama lain. Apa yang pasti, kita harus bijak untuk menggunakannya pada jalan yang betul dan elakkan

diri kita daripada terjebak dengan sindrom "ketagihan Internet".


*90 peratus teks dalam catatan ini telah dipetik daripada rencana "Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet" oleh Jyh Wee Sew dalam Dewan Budaya Oktober 2008