Friday, October 2, 2009

Misai KuCIng POkok Herba SErbaGuNa



Bunga Misai Kucing Putih


Misai kucing........ramai daripada kita masih tertanya-tanya tentang khasiat Misai Kucing( Orthosiphon Stamineus ). Pokok ini tergolong dalam kumpulan pokok herba renek yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter. Terdapat 2 varieti pokok misai kucing iaitu varieti bunga putih dan varieti bunga ungu. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Kajian telah mendapati ia mengandungi kandungan serotonin yang tinggi yang mampu merawat masalah kewanitaan. Selain itu pokok ini selalu digunakan untuk melawas kencing, merawat batu karang, darah tinggi, kencing manis, dan penyaakit gout. ini kerana ia mengandungi kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia.

Cara untuk menggunakan misai kucing sangat mudah iaitu dengan hanya merendamkan daunnya kedalam air panas dan tunggu sehingga ia suam kemudian boleh diminum terus. Rasanya yang sedap menyebabkan ia sesuai diminum dimana sahaja. kesan yang boleh kita dapati selepas kita meminum air misai kucing adalah kita akan kerap ketandas untuk membuang air kecil,berasa sedikit khayal dan badan berasa sedikit ringan. ia juga boleh dimakan terus dari pokok dan berasa sedikit pahit tetapi masih boleh ditelan.

Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi di Sumatera


Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

Sementara itu, Jakarta Post melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 5:17 petang tetapi tidak mengakibatkan berlaku sebarang tsunami.

Di Medan, ratusan penduduk keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana bimbang berlaku keruntuhan bangunan ekoran gegaran yang kuat itu.

Manakala Kompas.com pula melaporkan warga Kota Jambi dan sekitarnya juga merasakan goncangan gempa yang berpusat di Pariaman, Sumbar, itu.

Gegaran itu menyebabkan warga Kota Jambi berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di kabupaten di Jambi, Bengkulu, dan Aceh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 330 pelajar Malaysia di Padang, umatera dilaporkan selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran andar itu, demikian disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas ehingga jam 6.30 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berskala 7.7 Richter
berlaku di selatan Sumatera pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Sementara itu, Pusat Tsunami Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi itu.ehsan Malaysiakini

Wednesday, September 30, 2009

SeLAmaT HaRI RAya


TAK TERLAMABAT LAGI AKU NAK UCAPKAN SALAM LEBARAN KEPADA KAWAN-KAWANKU TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA SEMOGA DI RAHMATI OLEH ALLAH S.W.T..............KENANGAN MANIS SUKAR DILUPAKAN.......


Kenangan manis ketika jalan-jalan, lepas tu pekena roti canai kat Pengkalan Chepa.

Reformasi Hidup...

Ape la best nye buat blog nie........member aku asyik suruh je buat blog sekarang aku dah buat. Ni first posting aku....

Buah ChermPedark d'Luwar PagaR,
Armbil GalaH Too long Jo'lock kan,
Say Ya bloGger BaRu memBloggeR,
Kalaw Sal'lah TUlunlah KOmen.