Monday, February 8, 2010

Masyarakat MElayu Di LAutan Hindi.....kepulauan COCOS

Rumpun Melayu tidak terhenti sahaja dikepulauan Melayu tetapi juga ada dibenua Afrika,Sri lanka,Eropah dan duduk berterabur diseluruh dunia. tetapi ada sebuah rumpun melayu yang mendiami kepulauan Cocos yang terletak diantara Australia dan Sri langka. Sejarah kedatangan Melayu berlaku pada tahun 1826 apabila seorang pengusaha Inggeris membawa hamba dari kepulauan Melayu seperti dari Bali, Bima, Celebes, Madura, Sumbawa, Timor, Sumatra, Pasir-Kutai, Malacca, Penang, Batavia dan Cirebon untuk membuka pulau ini. Nasib hamba Melayu berubah apabila John Clunies-Ross seorang scotish mengambil alih pulau ini dan menjadikan pulau ini pengeluar kopra. Beliau mengambil lebih banyak pekerja dari kepulauan Melayu dan berlaku penghijrahan yang besar pada tahun 1827. walaupun jauh daripada kepulauan Melayu cara hidup, agama dan budaya masyarakat Melayu Cocos tidak banyak berubah. Penduduk Melayu banyak tinggal di Home Island iaitu antara dua buah pulau yang berpenghuni disana. terdapat kira-kira 300 buah keluarga Melayu yang tinggal di pulau tersebut..




                              Perkahwinan Masyarakat Melayu Pulau Cocos



                                     Cara Hidup Melayu Pulau Cocos