Sedang aku melayari internet aku terpandang satu artikel yang amat mengejutkkan iaitu OLDTOWN WHITE COFFEE HARAM... yang sedihnya banyak orang ISLAM masih mengunjunginya....dimana pihak-pihak yang berkenaan untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya status restoran tersebut....disini aku lampirkan semula artikel yang aku lihat sebagai satu tanggungjawab sebagai Seorang ISLAM.....
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam (WCOK) telah beroperasi pada sekitar tahun 1999. Status penubuhan awalnya TIDAK HALAL dan sehingga kini konsep HALAL yang digunakan masih kabur dan boleh diragui. Antara produk yang diragui STATUS HALAL dan dikenalpasti HARAMnya ialah:-
Nissin Noodles, iaitu Mee Segera Nissin Noodles yang diimport dari negara Hong Kong.
Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish dan Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam pada tahun 1999, TIDAK ADA daging Salai HALAL yang diluluskan oleh JAKIM untuk diedarkan di Malaysia. Perkara ini boleh dirujuk dengan pakar pemakanan seperti para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti, Jabatan Perhotelan dan Food and Beverages (F&B).
Minyak masak yang digunakan untuk semua menu ‘Ipoh Ho Fun' atau I'poh Kuew Teaw Sup’ dihasilkan oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran kerana tidak mematuhi piawaian kerajaan dan masalah penggunaan bahan daripada lemak babi.
Herbal Jelly merupakan produk yang diimport dari negara China yang dikatakan menggunakan campuran daripada kura-kura. Khasiat kulit kura-kura menurut pendapat orang China bertujuan untuk memanaskan anggota dalaman badan terutama ketika musim sejuk. Persoalannya – adakah UMAT ISLAM boleh menggunakan herba jelly yang dihasilkan daripada kulit haiwan berkenaan!
Untuk memperdayakan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, WCOK telah membuat salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).
WCOK mengatakan, JAIPK yang bertanggung jawab menilai dan menyelia produk berkenaan sedangkan sejak 10 tahun yang lepas CWOK masih merayu untuk memperoleh sijil HALAL.
Justeru, selama ini mereka beroperasi dengan menipu umat Islam terutama mengenai status HALAL!
ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA JANGAN TERPEDAYA DENGAN SIJIL HALAL KONONNYA IA DIKELUARKAN OLEH PIHAK JAIPK.
Selain penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK, umat Islam juga mudah terpedaya dengan paparan beberapa nama pekerja beragama Islam yang bekerja dengan mereka. Tujuannya untuk mengaburi pelanggan Islam kononnya penyediaan makanan dilakukan oleh pekerja yang beragama Islam dan kita semua boleh menikmati hidangan tanpa waswas. Selain itu, terdapat pekerja wanita yang bukan beragama Islam memakai tudung di kepala bagi mengelirukan kita semua.
Di Kulim, Kedah terdapat seorang pengusaha restoran Kopitiam Pak Hainan yang diusahakan oleh orang Melayu yang tidak mengendahkan tentang status HALAL makanan yang dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. Pengusaha berkenaan juga memberitahu pengunjung, pekerja restoran kesemuanya beragama Islam dengan memakai tudung di atas kepala. Mereka tidak perlu khuatir mengenai status HALAL dan HARAM kerana makanan disediakan oleh 'orang Islam yang bertudung'.
Di Tesco Seberang jaya, Perai, Kopitiam White House telah menipu dan memperdayakan umat Islam dengan sijil HALAL dan meletakkan logo HALAL dari JAKIM. Kopitiam berkenaan telah menghidangkan beberapa menu seperti noodles atau mee yang TIDAK HALAL. Apabila ditanya mengenai mee berkenaan, pihak pengurusan tidak memberi jawapan yang benar sebaliknya banyak berdolak dalih sedangkan mee berkenaan diimport dari negara China.
Pada tahun 1996, di dalam TESCO Kajang, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles 'atau 'Meenya’ yang menggunakan bahan kimia yang dikenali sebagai LUNCHEON MEAT. Aduan telah dibuat oleh pelanggan, namun tiada tindakan yang dilakukan oleh bahagian agama untuk menyamak restoran berkenaan yang sebelum ini menggunakan daging babi untuk hidangan kepada orang Cina.
Pendedahan juga dilakukan oleh beberapa orang pekerja Melayu yang pernah bekerja di White Coffee Oldtown Kopitiam mengenai operasi restoran berkenaan. Ekoran daripada itu, pekerja terbabit telah diberhentikan kerja oleh pengusaha yang berbangsa Cina setelah membongkar mengenai perniagaan ini kepada pelanggan beragama Islam dan orang Melayu.
Sekitar tahun 1998 hingga 2008, kira-kira 10 tahun beroperasi, WCOK berjaya membuka lebih 100 cawangan restoran yang menghidangkan MAKANAN KEPADA UMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU TETAPI TIDAK HALAL!
Pihak berkuasa seperti JAKIM pula bertindak seperti kera kesakitan walaupun beberapa aduan telah dilakukan. Adakah pihak JAKIM mempunyai kepentingan di dalam bisnes WCOK? Menurut sesetengah cerita yang tidak disahkan kebenaran, pihak JAKIM juga telah disogok dengan wang untuk 'menutup mulut' mengenai status HALAL dan HARAM restoran berkenaan.
Persoalannya, adakah menggunakan sijil HALAL atau Logo HALAL dari JAKIM secara penipuan tidak menjadi kesalahan?
Namun begitu, beberapa Kopitiam yang prihatin dan bertanggung jawab seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM mendapat sijil HALAL JAKIM kerana tidak membeli makanan yang diimport dari negara Taiwan, Hong Kong, China dan Jepun.
DI PERAK, Sijil HALAL dikeluarkan untuk minuman sahaja sedangkan TIDAK di dalam penyediaan makanan kepada umat Islam dan orang Melayu. Justeru, beberapa restoran atau kafe yang menghidangkan makanan TIDAK HALAL untuk dimakan.
Antara restoran berkenaan;
1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
2.. NEWTOWN Kopitam
3. WHITE HOUSE Kopitam
4. PAK HAINAN Kopitiam
5. JOM BALI Kopitiam
Rujukan boleh dibuat di laman web: www.oldtown. com.my
1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
2.. NEWTOWN Kopitam
3. WHITE HOUSE Kopitam
4. PAK HAINAN Kopitiam
5. JOM BALI Kopitiam
Rujukan boleh dibuat di laman web: www.oldtown. com.my
5 comments:
eii..takutnya kalau termakan benda x halal..jd darah dgg uu..
tu la payahnye.kdg2 malysia ni xsnsitif ngn sume ni.klo dah jd drh daging cmne..xberkat kan sume bnde..
hmm ngtkn duk luar neg je nk ragu2 kan..ni kt msia pon same.bhye nye..
hmmm naseb baik xlyn kopitiam=D
woh.woh.woh
Di Kulim, Kedah terdapat seorang pengusaha restoran Kopitiam Pak Hainan yang diusahakan oleh orang Melayu yang tidak mengendahkan tentang status HALAL makanan yang dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. Pengusaha berkenaan juga memberitahu pengunjung, pekerja restoran kesemuanya beragama Islam dengan memakai tudung di atas kepala. Mereka tidak perlu khuatir mengenai status HALAL dan HARAM kerana makanan disediakan oleh 'orang Islam yang bertudung'.
akak tak pergi sana...mmg ramai 'melayu' keluar masuk..tp bg akak kita bkn dlm keadaan darurat..yg terpaksa mkn kat situ..byk lg pilihan..
yup!
sblum old town halal,mmg d0rg gnekn pr0duk tu..
tapi skrg sejak 0ld t0wn da halal,d0rg gne pr0duk mee h0on PAMA..
i pasti sume 0rg msti knal dengan jenama mee ho0n PAMA ni..
mee ho0n PAMA ni mmg HALAL..
i sendiri yg cek 0ld t0wn punye st0re utk wat i punye assignment..
kebet0lan kwn i pn incharge di salah 1 0ulet 0ld t0wn di sekitar lembah klang..
Post a Comment