Friday, October 30, 2009

Mengulas Buku Klasik Bumi Manusia Karya Pramoedya Ananta Toer.



 Karya oleh Pramoedya Ananta Toer.Seorang penulis yang terkenal di seberang dan juga di tanah air kita. Karyanya pernah menjadi rujukan oleh pelajar-pelajar sastera kita semasa dekad 80an dahulu kerana mempunyai elemen-eleman yang menarik untuk dibaca. Sekarang saya ingin mengulas buku ini mengikut pemahaman saya.
 Bumi manusia ini berlangsung sekitar bangkitnya semangat nasionalisme dikalangan penduduk pribumi Indonesia. Watak protagonist ialah Minke seorang anak bangsawan jawa yang pandai  dihantar belajar oleh bapanya seorang ketua daerah.  Minke terdedah dengan semangat nasionalisme ketika belajar di Sekolah yang dikhaskan untuk golongan berketurunan Eropa. Disana ia kerap menulis dan penulisannya banyak diterbitkan oleh surat Khabar Belanda pada masa itu. Dia kerap dihina oleh pelajar-pelajar lain yang berketurunan Eropah atau Indo. Karya penulisannya berani melawan idiologi bangsa penjajah Belanda yang menanam sifat takut kepada bangsa Penjajah. Ia juga melawan terhadap kebudayaan Jawa yang membuatnya selalu ditindas dan kepercayaan agama dicampuradukkan dengan kebudayaan Jawa.
 Selain watak Minke terdapat seorang watak lagi yang penting dalam buku ini iaitu Nyai Ontosoroh. Ia seorang perempuan pribumi yang menjadi perempuan simpanan bangsa eropa iaitu Tuan Millema . Statusnya seorang perempuan simpanan membuatnya menderita tidak mempunyai hak asasi seorang manusia. Tetapi ia kuat dan sedar bahawa dengan ilmulah seseorang itu dipandang tinggi. Dia belajar dan belajar sehingga mampu menguruskan ladang yang dipunyai oleh Tuan Millema. Terdapat satu bait-bait perkataan oleh Nyai Ontosoroh kepada minke iaitu “JANGAN SEBUT AKU PEREMPUAN SEJATI JIKA HIDUP HANYA BERKALANG LELAKI, TETAPI BUKAN BERARTI TIDAK BUTUH LELAKI UNTUK AKU CINTAI” yang amat mendalam maksudnya...
 Melalui buku ini, Penulis menggambarkan bagaimana keadaan pemerintahan kolonialisme Belanda pada saat itu secara hidup. Penulis menunjukan betapa pentingnya belajar. Dengan belajar, dapat mengubah nasib. Seperti didalam buku ini, Nyai yang tidak bersekolah, dapat menjadi seorang guru yang hebat bagi Minke. Bahkan pengetahuan si nyai itu, yang didapat dari pengalaman, dari buku-buku, dan dari kehidupan sehari-hari, ternyata lebih luas dari guru-guru sekolah HBS.

1 comment:

aloykubezinkin said...

salam encik 'RETAK'..mana bole saya dpt buku ni.nak beli/baca.terinspirasi dr filem "perempuan berkalung sorban'