Monday, October 12, 2009

Belut Haiwan Eksotik....(1)



            Belut... ramai diantara kita berasa geli dengan nama haiwan akuatik ini. Bentuk badan yang panjang mirip ular dan badan yang licin menyebabkan ia kurang popular pada masyarakat melayu.Belut sesuai dimasak secaragoreng bersambal, dibuat sup belut(terkenal di Pantai Timur) dan Laksa Belut. di Jepun belut ini menjadi makanan kegemaran penduduknya dan menjadi antara bahan utama dalam pembuatan sushi ia dikira makanan eksotik.
             Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa. Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Belut yang popular ialah belut air tawar iaitu dalam family Anguillidae . Secara ekologi belut boleh dijadikan penunjuk aras kepada pencemaran sesuatu kawasan sawah padi. Belut ini sejenis haiwan yang tahan kepada pencemaran dan boleh mengadaptasi kepada pelbagai pebagai bentuk cuaca. Jika pupusnya komuniti belut pada sesuatu kawasan ia menunjukkan kawasan itu telah tercemar dengan teruk.
             Belut adalah pemangsa yang ganas hidup dikawasan sawah padi dan berpaya. Makanannya ikan kecil, cacing, krustasea. Ia aktif di malam hari. Hewan ini dapat mengambil oksigen langsung dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air, asalkan lingkungannya tetap basah. Hewan ini mampu menyerap oksigen bahkan lewat kulitnya. Kebiasaaannya adalah bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lewat. Walaupun berasal dari daerah tropika, belut sawah diketahui dapat (survive) musim dingin dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatnya menjadi hewan yang dianggap berbahaya bagi lingkungan yang bukan habitatnya.Ukuran maksimum adalah 1m, meskipun yang banyak dikonsumsi paling panjang 40cm. Tidak memiliki sirip, kecuali sirip ekor yang memanjang. Bentuk tubuhnya menyerupai tabung dengan tubuh licin, tanpa sisik. Warna bervariasi, namun biasanya kecoklatan hingga kelabu.
             Haiwan ini bertelur didalam lubang dan meletakkan telurnya dalam busa-busa air yang cetek. Jika telur menetas, keluarlah belut muda yang semuanya betina. Dalam perkembangannya, beberapa ekor akan menjadi jantan Belut sawah berasal dari Asia Timur dan Asia Tenggara barat. Belut bahkan sekarang dilaporkan telah menghuni paya-paya di Hawaii, Florida, dan Georgia di Amerika Serikat dan dianggap sebagai haiwan invasif.

No comments: