Friday, October 2, 2009

Misai KuCIng POkok Herba SErbaGuNa



Bunga Misai Kucing Putih


Misai kucing........ramai daripada kita masih tertanya-tanya tentang khasiat Misai Kucing( Orthosiphon Stamineus ). Pokok ini tergolong dalam kumpulan pokok herba renek yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter. Terdapat 2 varieti pokok misai kucing iaitu varieti bunga putih dan varieti bunga ungu. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Kajian telah mendapati ia mengandungi kandungan serotonin yang tinggi yang mampu merawat masalah kewanitaan. Selain itu pokok ini selalu digunakan untuk melawas kencing, merawat batu karang, darah tinggi, kencing manis, dan penyaakit gout. ini kerana ia mengandungi kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia.

Cara untuk menggunakan misai kucing sangat mudah iaitu dengan hanya merendamkan daunnya kedalam air panas dan tunggu sehingga ia suam kemudian boleh diminum terus. Rasanya yang sedap menyebabkan ia sesuai diminum dimana sahaja. kesan yang boleh kita dapati selepas kita meminum air misai kucing adalah kita akan kerap ketandas untuk membuang air kecil,berasa sedikit khayal dan badan berasa sedikit ringan. ia juga boleh dimakan terus dari pokok dan berasa sedikit pahit tetapi masih boleh ditelan.

No comments: