Tuesday, October 6, 2009

Ketahui hak anda dihadapan Polis

Seperti yang kita ketahui kita sangat takut apabila ditahan oleh pihak polis. Tangan dan kaki menggeletar dan peluh sejuk keluar menitik-nitik dan hati kita akan tertanya-tanya apakah kesalahan yang diri kita telah buat. Panik mula melanda dan kita berada dalam ketidak tentuan.. Seperti yang kita telah ketahui kita telah dilindungi oleh Hak dan Perlembagaan Negara Malaysia Disini saya ingin menyampaikan beberapa tips yang boleh membantu kita dalam mengahadapi perkara diatas ia telah disediakan oleh Badan Peguam Malaysia (The Malaysian Bar). Untuk maklumat Penuh Sila KLIK DISINI.




1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau
1.2 Kad Kuasa Polis

Warna Merah: Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.

Warna-warna lain:

Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspek tor dan keatas.
Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah Inspektor
Warna Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

1.3 Di dalam Pakaian Seragam
       Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Polis
      Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau         
      kenderaan polis tersebut.


APABILA DISOAL OLEH POLIS

2.1 PengenaIan Anda
      Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
      Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

2.3 Bilakah anda ditahan
     Anda ditahan apabila anggota polis itu
     • menjawab "ya" pada soalan di atas
     • beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa
        anda ke balai polis
     • apabila anda digari Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut
        atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.


2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

No comments: